Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah jambatan roboh di kawasan yang dilanda banjir berikutan hujan lebat di Beijing pada 3 Ogos 2023. Foto: AFP.

Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan

ByBernama
ISTANBUL, 4 Ogos: Pihak berkuasa China memindahkan lebih 1.2 juta penduduk susulan hujan lebat yang melanda wilayah Hebei.

Hujan lebat sejak minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri menyebabkan wilayah itu dilanda banjir, menyebabkan kira-kira 857,200 orang terpaksa berpindah, lapor Agensi Anadolu.

Lebih 4,700 pasukan penyelamat yang terdiri lebih daripada 100,000 anggota telah dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat.

Hujan lebat menyebabkan 20 orang terkorban, 11 daripadanya dilaporkan di Beijing dan 19 lagi masih hilang.

Seorang doktor yang berasal dari Bangladesh Nazmus Sakib menyifatkan banjir yang berlaku kali ini sebagai “mengerikan.”

“Saya telah menetap di China selama 13 tahun dan belum pernah melihat hujan seperti itu,” kata Sakib kepada penyiar CGTN.

Askar dan helikopter tentera turut dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat.

Pihak berkuasa memperuntukkan kira-kira $15 juta untuk menangani bencana itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan