Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi dan Dr Tan See Leng bertukar cenderamata ketika kunjungan hormat di Singapura, semalam. Foto: Julaihi Narawi (FB).

Cadangan projek kabel elektrik dasar laut Sarawak-Singapura terpanjang di dunia?

BySaibi Gi

KUCHING, 4 Ogos: Kabel elektrik dasar laut dari Tondong, Sarawak ke Singapura kini dalam peringkat perbincangan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Singapura.

Cadangan projek merentasi Koridor Muri-Midai, Indonesia itu membabitkan kabel sejauh 720 kilometer itu bertujuan untuk Sarawak membekalkan dan menjual tenaga elektrik ke negara republik berkenaan.

Berdasarkan carian di Internet, kabel elektrik terpanjang di dunia ialah 580 kilometer merentasi laut antara Norway dan Belanda di Eropah.

Ke arah merealisasikan projek bekalan elektrik Sarawak ke Singapura, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi pada Khamis mengadakan mesyuarat dengan Menteri Tenaga Kerja Singapura Dr Tan See Leng di Singapura.

Menurutnya, mesyuarat ini adalah susulan untuk memperhalusi persetujuan bersama dan langkah-langkah kerja awal yang membabitkan pembekalan elektrik menggunakan kabel dasar laut sepanjang 720 kilometer dari Tondong, Sarawak ke Singapura.

“Kabel yang melalui Koridor Muri-Midai, Indonesia itu berupaya menampung had maksima 1,000 megawat elektrik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menjelaskan lagi, beliau berkata kos pemasangan kabel ditanggung Singapura.

“Kita (Sarawak) jual elektrik sahaja,” ujarnya. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Datu Sharbini Suhaili.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kos projek yang menelan SG$8 bilion itu akan ditanggung Singapura.

Beliau yakin projek berkenaan dapat direalisasikan menerusi perbincangan dengan Indonesia dan Singapura.

Pada Januari lepas, Abang Johari menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura dan antara yang dibincangkan semasa lawatan rasmi berkenaan ialah projek bekalan elektrik ke negara republik berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan