Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Pix: JaPEN

ART tiba di Kuching, jalani proses pandu uji terlebih dahulu – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KOTA SAMARAHAN, 4 Ogos: Transit Aliran Autonomi (ART) hidrogen yang dihantar dari China tiba di Kuching hari ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ART yang dijangka memulakan operasi secara komersial pada 2025 akan menghubungkan Kota Samarahan dan Kuching menurutnya akan menjalani proses pandu uji di Isthmus terlebih dahulu.

ART ketika menjalani ‘Proof-of-Concept’ di China pada Mac lepas. Foto fail: Sarawak Metro

“Kita akan mengujinya terlebih dahulu di sana (Isthmus) untuk memastikan ia cekap, kemudian kita akan meneruskan pandu uji tersebut melalui laluan Kuching-Samarahan.

“Sama ada melalui lorong baharu atau di jalan raya sedia ada dahulu, jika lorong khas belum siap. Kita akan mencubanya dahulu dan menguruskan aliran trafik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan Pusat Digital Tun Abang Haji Openg, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Selain untuk kemudahan orang ramai dan mengurangkan kesesakan jalan, Abang Johari berkata ART akan memberi kemudahan kepada para pelajar terutamanya di UNIMAS dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kawasan Samarahan.

Tambahnya, para pelajar akan mendapat harga pas istimewa untuk menaiki ART tersebut dan pembayaran boleh dilakukan secara digital melalui Sarawak Pay.

“Apabila  kita ada kemudahan,  orang awam akan mula menghantar anak mereka di sini kerana tak semua pelajar tinggal di kampus, ada yang tinggal di luar kampus.

“Dengan adanya ART ini, mereka boleh pergi ke Viva City dengan ART dari Samarahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan