Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam kemalangan pada petang Rabu, dua mangsa maut di tempat kejadian. Foto ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dua lelaki maut, kereta bertembung treler

TATAU, 3 Ogos: Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di simpang Sungai Arip, Jalan Sibu-Tatau pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar 4 petang itu, pemandu kereta terbabit, Maximilon Joseph, 25, dan penumpang, Jeffery Belimi, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 4.05 petang.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler 40 tan dan sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah bertembung di lokasi kejadian dan mengakibatkan dua lelaki di dalam kereta tersebut tersepit,” katanya menerusi kenyataan.

Wan Kamarudin berkata, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau yang digerakkan ke lokasi seterusnya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Rizal Alias ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis diterima pihaknya.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan