Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran yang memusnahkan dua deret bangunan kedai lama di pekan Tubau, malam tadi. Foto ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dua deret bangunan kedai di Tubau musnah dalam kebakaran

BINTULU, 3 Ogos: Dua deret bangunan kedai lama terdiri daripada 31 pintu di Pasar Tubau dekat sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB 1), Christus Buson berkata antara yang terbakar dalam kejadian itu ialah kedai runcit dan kedai makanan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 12 tengah malam dan tiga jentera bomba bersama 16 anggota digerakkan ke tempat kejadian.

“Pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 1.35 pagi namun api telah memusnahkan dua deretan kedai terbabit 100 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

“Setakat 7 pagi ini, pasukan bomba masih berada di lokasi kejadian menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ serta pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat,” katanya.

Difahamkan bangunan kedai tidak kekal tersebut dibina sekitar 1950-an. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan