Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap ketika merasmikan Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 di Kompleks Mahkamah Lama Kuching. Foto: Faitullah Morni

Banyakkan kandungan tempatan Sarawak di platform penstriman – Abdul Karim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 3 Ogos: Industri filem Sarawak digalakkan menggunakan platform penstriman sebagai inisiatif menyokong  ke arah transformasi digital industri seni.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perubahan sosial dan ekonomi akibat pandemik meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan kreativiti dalam menangani banyak masalah termasuk industri kreatif.

“Terdahulu, sewaktu pandemik, industri kreatif memainkan peranan besar dalam menghiburkan kita melalui platform dalam talian seperti filem, pertunjukan ‘Live’, TikTok, Facebook dan pelbagai aplikasi lain.

“Pada 2020, data menunjukkan lonjakan sebanyak satu bilion penonton seluruh dunia telah melanggan perkhidmatan penstriman.

“Sebarang maklumat, hiburan dan berita terkini boleh didapati secara atas talian melalui kandungan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 di Kompleks Mahkamah Lama Kuching, pada Rabu.

Menurut Abdul Karim, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah progresif dalam mencapai aspirasi transformasi digital.

“Kita mempunyai banyak platform dalam mencungkil dan meneroka bakat-bakat tempatan melalui pertubuhan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) serta melancarkan stesen televisyen milik rakyat Sarawak, TVS,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui industri kreatif berpotensi mengaut keuntungan dalam jumlah besar.

Pada masa sama, Abdul Karim turut memuji usaha AIFFA yang menjayakan kerjasama dan rangkaian dalam industri filem ASEAN serta penyebaran ilmu pengetahuan secara meluas.

“Ini adalah salah satu sebab kenapa kerajaan Sarawak menyokong usaha AIFFA kerana kita telah melihat negeri kita telah melahirkan banyak graduan daripada pelbagai institusi kreatif yang boleh menyumbang kepada sektor ini.

“Saya diberitahu bahawa AIFFA mempunyai lebih 100 delegasi pelajar, termasuk daripada universiti ASEAN di mana mereka boleh berkongsi ilmu pengetahuan, menghadiri ceramah oleh pakar industri dan banyak lagi dengan pelajar kita,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan