Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan ladang buluh komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd. Foto: TVS

Tahun 2022, lonjakan ketara ekonomi Sarawak – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun bertuah bagi Sarawak yang mengalami lonjakan ketara dalam sektor ekonomi negeri ini.

Menurut beliau kejayaan Sarawak melipat gandakan pendapatannya sekali gus diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia merupakan situasi yang jauh lebih awal daripada sasaran yang telah ditetapkan keraaaan.

“Tahun 2022 benar-benar mengubah ekonomi Sarawak.

“Sarawak diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi. Sasaran kita sebenarnya adalah pada tahun 2030 tetapi kita telah bekerja keras pada 2022 dan menggandakan hasil pendapatan kita dalam masa empat tahun.

“Kita berjaya menggandakan pendapatan daripada RM6 bilion kepada RM12 bilion,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Rich Venture Plantation Sdn. Bhd. di sini, pada Rabu.

Tambah beliau berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pendapatan isi rumah tangga dan jumlah eksport di Sarawak juga telah meningkat pada tahun 2022.

Berdasarkan laporan DOSM, pendapatan isi rumah di Sarawak meningkat tiga peratus pada tahun 2022 manakala eksport Sarawak melonjak sebanyak 44 peratus. -TVS

Tags: buluh

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan