Search
Close this search box.
ACP Mohd Asri Shafie menunjukkan gambar mangsa yang sedang dirawat ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini Isnin lepas. Foto: TVS.

Wanita melecur dibakar suami dengan petrol dalam perselisihan faham

GEORGE TOWN, 1 Ogos: Seorang wanita cedera parah dan melecur pada badan selepas dibakar suaminya dalam pertengkaran membabitkan hal keluarga di sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 35 tahun melecur kira-kira 27 peratus pada badan selepas disimbah dengan minyak petrol dan dicucuh api.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata, kejadian berlaku ketika empat anak pasangan yang merupakan pekerja di ladang tersebut berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di dalam bilik.

“Anak mangsa mendakwa terdengar pergaduhan di antara ibu bapa mereka sebelum salah seorang mereka yang berusia 13 tahun cuba keluar untuk melihat kejadian itu.

“Sebaliknya pintu bilik telah dikunci dari luar, namun dia berjaya membukanya dan mendapati ibunya dalam keadaan terbakar pada badan di belakang rumah.

“Dalam masa sama, suspek berusia 36 tahun dilihat sedang cuba padamkan api dengan kain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Jelas Mohd Asri, suspek kemudiannya telah melarikan diri apabila gagal memadamkan kebakaran dan api yang menyambar badan mangsa semakin marak.

“Dalam keadaan terbakar, mangsa meminta bantuan anak lelakinya untuk mengambil air bagi memadamkan api dan mereka meminta bantuan jiran untuk menghubungi polis.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan didapati melecur 27 peratus pada bahagian atas badan,” katanya lagi.

Tambah beliau, polis sedang dalam usaha memburu suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu bagi siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan