Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media S-MM2H di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Prasyarat permohonan S-MM2H ditambah baik – Abdul Karim

KUCHING, 1 Ogos: Kerajaan Sarawak menambah baik tiga prasyarat bagi permohonan Program Sarawak -Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) melibatkan pemohon kategori usia bawah 40 tahun, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemohon kategori berkenaan kini layak menyertai program S-MM2H tanpa membeli hartanah di negeri ini.

Menerusi syarat baharu berkenaan juga kata beliau, pemohon hendaklah memiliki rumah kediaman di Sarawak dengan nilai harga sekurang-kurangnya RM600,000 atau mempunyai anak di bawah umur 21 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di Sarawak. 

“Syarat ketiga pula pemohon sedang menjalani rawatan perubatan jangka panjang di Sarawak dan diperakui oleh doktor swasta atau kerajaan yang berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, syarat baharu itu diperkenalkan dengan mengambil kira impak sosioekonomi yang dibawa peserta program serta pada masa sama untuk menggalak lebih ramai penyertaan.

“Sebelum ini peserta S-MM2H juga diberikan kelonggaran untuk bekerja di Sarawak dalam sektor tertentu selari dengan garis panduan program sama di peringkat nasional.

“Jenis pekerjaan yang dibolehkan ialah pensyarah sambilan atau mereka boleh menjadi rakan kongsi dalam syarikat di mana pegangan ekuiti dalam syarikat mestilah sekurang-kurangnya 51 peratus warga Malaysia atau 49 peratus warga asing,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan