Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng dengan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran CPC Tai’an Wilayah Shandong, Republik Rakyat China, Yang Hongtao bertukar MoU

MoU Kuching dengan Bandar Tai’an, China manfaatkan rakyat Sarawak dalam pelbagai bidang

ByAdlina Rahman

KUCHING, 1 Ogos: Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan Bandar Tai’an, Wilayah Shandong, China akan memanfaatkan rakyat Sarawak dalam pelbagai bidang.

Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng berkata, melalui MoU berkenaan warga Kuching dan rakyat Sarawak akan menerima faedah dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Selain itu kata beliau, ia juga membuka peluang kerjasama yang lebih erat membabitkan kebudayaan, pelancongan, perancangan dan pembangunan bandar.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan usaha bersepadu untuk manfaat bersama dan seterusnya mengukuhkan lagi kerjasama untuk membangun dan mewujudkan hubungan bandar yang mesra,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU itu di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Bandar Tai’an diwakili oleh Setiausaha Jawatankuasa Majlis Perbandarannya, Yang Hongtao.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Sarawak, Michael Tiang Ming Tee.

Sementara itu, Hong Seng berkata, melalui MoU itu, ia turut membuka ruang bagi mempromosikan hubungan persahabatan antara rakyat Malaysia dan China melalui perbincangan serta kerjasama dalam pelbagai isu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan