Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili bercakap pada sidang media berhubung kes bunuh di Sibu, pagi tadi. Foto TVS.

Lelaki ditemui mati dengan lapan kesan tembakan di Sibu

SIBU, 1 Ogos: Seorang lelaki ditemui maut dengan lapan kesan tembakan dalam kejadian di sebuah rumah kebun di Batu 9, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 1.23 pagi tadi memaklumkan terdapat kes tembak.

Kata beliau, sepasukan anggota polis yang dikerahkan ke lokasi menemui mangsa, seorang lelaki berbangsa Cina tempatan berusia 46 tahun telah meninggal dunia.

“Dua rakan mangsa berusia 46 dan 36 tahun pula selamat dan mendapat rawatan di Hospital Sibu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Zulkipli memberitahu, siasatan awal mendapati, dua rakan mangsa datang situ untuk makan malam pada pukul 9.30 malam.

“Pada pukul 11.30 malam, ketika hendak beredar dari situ, mereka telah diserang oleh suspek dari arah kawasan bukit bertentangan.

“Suspek telah melepaskan tembakan ketika salah seorang rakan mangsa sedang mengunci pintu pagar.

“Dua rakan mangsa melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran untuk menyelamatkan diri.

“Lebih kurang setengah jam kemudian, setelah keluar, mereka mendapati mangsa telah rebah,” katanya.

Zulkipli memberitahu, polis juga menemui kelongsong peluru di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis menasihatkan agar masyarakat tidak menyebarkan spekulasi berkenaan kes ini bagi memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan