Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteriPuan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang hadir pada Majlis Memperingati Ulang Tahun Hari Bandar Raya Kuching Ke-35 di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak pulihara Bukit Siol, contohi Hyde Park, London

ByYusuf Shukri

KUCHING, 1 Ogos: Kawasan hutan semula jadi seluas 108 ekar di Bukit Siol akan dipulihara dengan mencotohi konsep Hyde Park, di London, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ketika ini kawasan berkenaan sedang dalam proses untuk diwartakan sebagai Kawasan Rizab Alam Semula Jadi.

Warta rizab alam semula jadi, pertahan kehijauan bandar | TVS

Kata beliau, pembangunan kawasan itu sebagai pusat rekreasi boleh mengawal iklim di kawasan bandar.

“Pewartaan kawasan tersebut juga akan memberi peluang untuk penanaman semula tumbuhan asli seperti Pokok Belian dan Pokok Nyatihuntuk bagi menghidupkan lagi suasana di Bukit Siol.

“Kerja – kerja itu akan dikendalikan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Jabatan Perhutanan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Memperingati Ulang Tahun Hari Bandar Raya Kuching Ke-35 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perwartaan berkenaan juga akan dapat mengawal pembangunan yang boleh dilaksanakan di situ.

“Sekiranya terdapat pembangunan, ia akan dikelolakan oleh Unit Perancang Ekonomi (SPA) negeri.

“Ini bagi memastikan bangunan yang bakal dibina tidak terlalu tinggi sehingga melebihi had ketinggian bangunan di Sarawak,” tambah Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan