Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Borneo Cultures Museum, Kuching. Foto: UKAS

Muzium antara penyumbang utama kesejahteraan dan pembangunan mampan – Aaron Ago

BySalasiah Safian

KUCHING, 31 Julai: Tema ‘Muzium, Kemampanan dan Kesejahteraan” yang dipilih sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2023 amat bertepatan kerana muzium merupakan antara penyumbang utama kepada pembangunan mampan masyarakat di seluruh dunia.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sebagai sebuah institusi yang dipercayai dan merupakan rangkaian penting dalam fabrik sosial sesebuah negara, kewujudan muzium ditempatkan secara unik untuk mencipta kesan yang lebih komprehensif dan memupuk perubahan positif kepada orang ramai.

Lebih 700 000 pengunjung lawat BCM sejak pembukaannya

Kata beliau, Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyokong dan mendokong usaha Jabatan Muzium Malaysia memartabatkan institusi permuziuman sebagai entiti penting di negara ini.

“Program seumpama ini membuktikan bahawa kerjasama di antara muzium dan institusi lain yang terlibat serta penglibatan masyarakat mampu menyumbang kepada pembangunan sosial yang berterusan, khususnya dalam pembentukan dan pengukuhan jati diri masyarakat,” katanya.

Beliau berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Aaron Ago berkata, identiti Malaysia sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara majmuk, harmoni dan progresif.

“Justeru, institusi permuziuman di Malaysia harus memainkan peranan mereka yang sangat penting dalam mengekalkan dan melindungi khazanah sejarah dan budaya.

“Ini sekali gus menjadi ejen pengukuhan jati diri masyarakat yang demokrasi dan berdaulat,” ujar beliau.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan