Search
Close this search box.
Pasukan Mahkota Dewa Gedong, dinobatkan sebagai Raja Sungai menerusi acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai) Piala Premier Sarawak. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Mahkota Dewa Gedong muncul sebagai Raja Sungai pada Pesta Gedong 2023

ByAkma Salleh

GEDONG, 30 Julai: Pasukan Mahkota Dewa Gedong muncul sebagai Raja Sungai selepas mengungguli acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki Piala Premier Sarawak hari ini.

Acara itu menyaksikan berlaku saingan sengit apabila Mahkota Dewa memintas Sinaran Ratu Siska ketika perlumbaan hampir tamat.

Pasukan Madinah Race pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Selaku juara, Mahkota Dewa membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000 manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga masing – masing terpaksa berpuas hati dengan hadiah RM7,000 dan RM5,000.

 

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah kepada pemanang Bidar 30 Pekayuh Lelaki (Raja Sungai) Piala Premier Sarawak di Gedong hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pertandingan Regatta Gedong merupakan antara aktiviti sempena Pesta Gedong 2023 yang berlangsung sejak 28 Julai hingga hari ini. 

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED, Datuk Naroden Majais, dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan