Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JKDM Sabah, Datuk Zazuli Johan (dua dari kanan) pada sidang media kejayaan rampasan dadah hari ini. Foto tangkap layar media sosial.

Kastam Sabah rampas lebih 100 kg syabu bernilai RM3.36 juta

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Julai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Rabu lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan.

Beliau berkata serbuan pada kira-kira 5 petang ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor itu, dilakukan pegawai dan anggota Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam Sabah, hasil daripada maklumat risikan.

“Kontena tersebut mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi terhadap kontena itu, pasukan serbuan menemukan sembilan kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine atau syabu.

“Kesemua dadah itu dibungkus menggunakan pembungkus jenama serbuk pencuci dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zazuli berkata tiada tangkapan suspek dibuat pada masa ini, namun usaha mengesan dan menyiasat pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas di sini.

Menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Sementara itu, beliau berkata setakat 25 Julai lepas, JKDM Zon Sabah merampas sebanyak 122.91 kilogram dadah bernilai RM7.66 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan