Search
Close this search box.
Adam (dua dari kanan), merangkul gelaran keling bersama Larry (kiri), dan Edward (kanan) yang masing-masing memenangi gelaran Laja dan Bungai Nuing. Foto: TVS

Adam dan Praty rangkul gelaran Keling dan Kumang Karnival Selangau 2023

SELANGAU, 30 Julai: Adam Nicklos dan Praty Sofia masing-masing berjaya merangkul gelaran Keling dan Kumang pada Karnival Selangau 2023 malam tadi.

Adam yang berasal dari Tatau mengalahkan lapan finalis lain sekali gus menerima hadiah RM3,000, trofi serta selempang.

Praty (duduk) Jessica (kiri) dan Jolin (kanan) pada Majlis Penutupan Karnival Selangau 203 malam tadi. Foto: TVS

Larry Walter yang muncul naib johan serta menyandang gelaran Laja pula membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi dan selempang.

Tempat ketiga yang turut ditabalkan sebagai Bungai Nuing dimenangi oleh Edward Anum yang menerima RM1,500 serta trofi dan selempang.

Terdahulu, Edward juga dinobatkan pemenang Keling Pengelandik Main Asal Iban yang melayakkannya membawa pulang RM500.

Edward berbangga menunjukkan dua cek replika yang dimenanginya pada Karnival Selangau 2023 malam Sabtu. Foto: TVS

Sementara itu, Praty yang berasal dari Bintulu diumumkan sebagai Kumang menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta trofi dan selempang.

Naib johan iaitu Lulong dimenangi oleh Jessica Ajik membawa pulang RM2,000 serta trofi dan selempang manakala gelaran Selinggar Matahari disandang oleh Jolin Ling membawa pulang RM1,500, trofi dan selempang.

Edward bersama Jolin (kiri) masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi kategori ‘Pengelandik Main Asal Iban’ pada Karnival Selangau 2023. Foto: TVS

Jolin juga memenangi hadiah Kumang Pengelandik Main Asal Iban turut membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Majlis penutupan Karnival Selangau 2023 disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN (ADUN) Tamin, Christoper Gira Sambang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan