Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Tebingan Sungai Limbang rancak dalam pembinaan. Foto: TVS

Tebingan Sungai Limbang siap pada 2025 – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 29 Julai: Projek pembinaan Tebingan Sungai Limbang yang bernilai RM120 juta dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2025.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek tebingan sungai terpanjang di Sarawak sepanjang 1.8 kilometer itu dibangunkan secara tiga fasa di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Projek Tebingan Sungai Limbang rancak dalam pembinaan. Foto: TVS

Beliau berkata projek itu merupakan satu kemudahan sosial untuk rakyat berekreasi dan beriadah selain menjadi salah satu kawasan menarik untuk dikunjungi sekali gus memacu sektor pelancongan domestik di utara Sarawak.

“Tebingan Sungai Limbang ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga serta akan siap pada penghujung 2025 ataupun pertengahan 2025.

Tebingan sungai terpanjang di Sarawak siap 2025.

“Ia akan menjadi tebingan yang terpanjang di Sarawak sejauh1.8 kilometer,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman (tengah) ditemani Petrick (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Projek Tebingan Sungai Limbang fasa satu. Foto: TVS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, projek rakyat yang amat dinanti itu susulan mengalami kelewatan akibet  pandemik COVID-19 yang lalu, selain masalah teknikal dan tanah susur di kawasan tebingan sungai.

Beliau menambah  Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu yang menempatkan kemudahan pentas utama dan  panggung terbuka akan menjadi pusat untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan dijangka siap penghujung Ogos depan.

“Hari ini pihak kontraktor telahpun memberi jaminan bahawa projek fasa pertama ini akan siap pada selewat-lewatnya 30 Ogos ini.

“Ini merupakan satu projek ataupun kawasan rekreasi yang dinanti-nantikan oleh masyarakat limbang khususnya dan juga pengunjung-pengunjung daripada luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Rahman mengingatkan agensi kerajaan yang dilantik agar melaksanakan projek kerajaan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan orang ramai di kawasan pembinaan.

Beliau berkata setiap kawasan pembinaan perlu dilengkapi dengan tanda keselamatan dan tanda amaran bagi mengelak sebarang insiden kemalangan berlaku.

Pada masa sama beliau juga mahu kerosakan jalan di kawasan projek pembinaan segera diperbaiki bagi memastikan keselamatan orang awam.

Turut hadir Setiausaha Majlis Daerah Limbang, Petrick Linggie Taboh.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan