Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis perasmian Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) pada Jumaat. Foto: JaPen

RM160 juta untuk ubah wajah Brooke Dockyard hingga Satok – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 29 Julai: Sejumlah RM160 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek pembangunan melibatkan kawasan dari Brooke Dockyard hingga Satok, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, peruntukan RM10 juta telah disalurkan bagi fasa pertama projek yang dijangka bakal siap sekitar empat tahun dari sekarang.

“Brooke Dockyard akan jadi Pasar Sentral. Kita akan sambung (hubungkan) di tepi sungai sehingga ke Satok. Kita mengangkat infrastruktur kampung kita ini sampai ke Satok,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari mengakui jambatan Kampung Bintangor yang sedang dibangunkan ketika ini bakal menjadi ikonik baharu Sarawak.

Pada masa sama, beliau optimis jambatan berkenaan akan menjadi daya tarikan pengunjung luar untuk mengunjungi kampung disekitarnya.

“Mereka (penduduk kampung) meminta kepada saya supaya kampung itu diubah suai dengan bangunan yang moden tetapi ia masih dipunyai masyarakat kita, orang Melayu,” ujar beliau -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan