Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee Company, Dato’ Sydney Quays menerima Anugerah Kepimpinan Kelestarian Personaliti Tahun 2023. Foto: Starbucks Malaysia

Starbucks Malaysia ungguli dua anugerah berprestij

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Berjaya Starbucks Coffee Company (Starbucks Malaysia) merangkul dua anugerah berprestij pada Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023, pada Khamis.

Anugerah pertama merupakan Anugerah Penglibatan Komuniti yang meraikan komitmen Starbucks Malaysia dalam melaksanakan inisiatif yang menjadikan komuniti sebagai kumpulan sasar.

Komitmen tersebut dapat dilihat menerusi kerjasama Starbucks Malaysia dengan YWCA KL, yang menyaksikan Starbucks Malaysia mengumpul dana sumbangan RM1 bagi setiap pembelian kepada Pusat Latihan Vokasional (VTOC) yang memperkasakan golongan wanita dalam komuniti B40.

Anugerah kedua yang dirangkul Starbucks Malaysia ialah Anugerah Kepimpinan Kelestarian Personaliti Tahun 2023, yang meraikan kepimpinan luar biasa Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee Company, Dato’ Sydney Quays.

Visi cemerlang dan dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi memainkan peranan penting dalam menerajui beberapa inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang berkesan dalam sektor runcit makanan dan minuman (F&B).

Beliau juga telah menerima pengiktirafan ‘Master Entrepreneur of the Year’ bagi tahun 2022 dan 2023 untuk menghargai usahawan cemerlang tersebut yang telah memberi sumbangan besar kepada industri dan komuniti.

Kepimpinannya bukan sahaja telah menghidupkan semula jenama Starbucks tetapi juga menunjukkan keterangkuman melalui penubuhan Starbucks Signing Stores serta memberi manfaat kepada golongan kurang upaya masalah pendengaran.

Dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, Sydney terus berusaha memberi impak yang mendalam kepada dunia perniagaan dan seterusnya meninggalkan warisan inovasi, kepimpinan serta penglibatan masyarakat yang bermakna.

“Kami menyatukan rakan kongsi kami (pekerja), pelanggan, komuniti, rakan kongsi bukan untung dan pemimpin sivik di Starbucks untuk mengukuhkan kejiranan kita.

“Minat yang semakin meningkat dalam isu alam sekitar di kalangan pengguna telah mendorong kami untuk meningkatkan komitmen kami untuk mengutamakan kemampanan dalam perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Starbucks Malaysia kekal komited memacu perubahan positif dan mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan inklusif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan