Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK). Foto: Aziz Soleh (TVS)

Rumah mampu milik sekitar Kampung Sungai Maong-Kampung Segedup berharga RM150,000 – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Julai: Rumah mampu milik yang dibina berhampiranĀ jalan baharu menghubungkan Kampung Sungai Maong – Kampung Segedup di Batu Kawa berharga sekitar RM150,000.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan khabar baik itu sambil berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri membantu rakyat Sarawak yang tidak memiliki kediaman untuk memiliki rumah sendiri.

“Kita akan buat satu kampung baharu di situ yang akan menempatkan mereka yang tidak mempunyai rumah.

“Kita bangunkan rumah mampu milik di kawasan tersebut dengan harga lebih kurang RM150,000. Bagi anak-anak muda yang baharu berkahwin tiada simpanan untuk membeli rumah, kerajaan negeri akan tanggung deposit sebanyak RM10,000,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini, malam ini.

Dalam perkembangan lain,Ā Abang Johari memberitahu bahawa kawasan yang popular dengan nama Padang Pasir berhampiran Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha, di sini merupakan Kuching Sentral.

Ini kerana jelas beliau pengoperasian Transit Aliran Autonomi (ART) akan bermula di kawasan berkenaan.

“ART akan dibangunkan dari Kota Samarahan ke Kuching melalui Jalan Tun Zaidi, dahulunya nama jalan itu Jalan Keretapi.

“Kita ada pengangkutan awam yang moden, menggunakan teknologi baharu, menggunakan hidrogen.

“Pengangkutan awam (ART) kita ini adalah yang pertama di rantau ASEAN yang menggunakan hidrogen,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan