Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha ketika ditemui media selepas menyambut ketibaan jemaah haji Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada hari ini. Foto: TVS

Penyebaran ajaran sesat di Sarawak masih terkawal – Misnu

KUCHING, 28 Julai: Umat Islam di Sarawak dinasihatkan agar tidak terpedaya dan menjauhi sebarang ajaran sesat terutama yang dibawa oleh Suhaini Mohammad atau SiHulk yang tular di media sosial baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, setakat ini fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam di negeri ini adalah terkawal.

Sehubungan itu, sekiranya berlaku penyebaran ajaran sesat beliau meminta orang ramai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan segera.

Peringatan beliau itu bertujuan agar pemantauan dapat dilaksanakan bagi mencegah berleluasanya penyebaran ajaran sesat di  Sarawak ini.

“Setakat ini, kita telah berupaya mengawal penyebaran ajaran sesat. Jika pihak media atau orang ramai mempunyai maklumat mengenai penyebaran ajaran sesat, laporkan kepada JAIS, supaya kami dapat memantau secepatnya.

“Sebab itu, jika kita ada mendengar mereka yang cuba menyebarkan perkara yang tidak baik (ajaran sesat) di sini, kita akan cuba kawal sebaik-baiknya, Alhamdulillah setakat ini terkawal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan jemaah haji Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini pada Jumaat.

Misnu dalam pada itu mendedahkan Sarawak mempunyai satu Jawatankuasa Khas yang bertanggungjawab memantau dan membanteras penyebaran ajaran sesat.

Jelasnya, pihak Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Mufti Sarawak dibantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya berlaku penyebaran ajaran sesat di Sarawak.

“Kita di MIS melalui JAIS dan Jabatan Mufti Sarawak dibantu KDN dan pihak PDRM sedia maklum dan membanteras penyebaran ajaran sesat,” jelasnya.

Untuk rekod, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 memutuskan ajaran dan fahaman Suhaini Mohammad atau SiHulk adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan