Search
Close this search box.
Snowdan menerima cenderamata daripada Pengurus Kanan TCIL Fredrick Kevin selepas merasmikan program Project of Dream Realized (PRO-DR) hari ini. Foto: TVS

Kadar sewa rendah, Perkampungan Digital TEGAS bantu perniagaan belia Sarawak – Snowdan

KUCHING, 28 Julai: Perkampungan Digital Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) di zon bebas Samajaya menyediakan kadar sewa yang rendah menyaksikan beberapa siri program di sini memberi impak positif kepada usahawan pemula di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, perkampungan bernilai RM 30 juta itu telah diilhamkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

TEGAS yang ditubuhkan 11 tahun lalu kata Snowdan berjaya membantu ramai belia Sarawak memulakan perniagaan pertama mereka.

“Kalau kita memulakan perniagaan awal pada mulanya, mungkin susah untuk kita, menyewa kedai atau menyewa pejabat jadi kita sediakan ruang dengan kadar yang lebih murah untuk memulakan perniagaan.

“Antara contoh program berimpak tinggi didalam membantu usahawan pemula dan komuniti di Sarawak adalah seperti TEGAS Think & Thinker (T&T) Mini Lab, STEM Playground, TEGAS Drone and Robotic challenge, TEGAS Pre Accelerator dan TEGAS Tech Immersion Program,” katanya.

Snowdan berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Jerayawara Project of Dream Realized (PRO-DR) di Dewan Konvesyen Serian di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Wakil Residen Bahagian Serian Esther Najoh, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng dan Pengurus Kanan TCIL Fredrick Kevin.

Tambah Snowdan lagi, TEGAS turut membantu kerajaan negeri dalam bidang pendidikan dengan mempromosikan pendidikan kemahiran dan teknikal kepada belia di Sarawak

“TEGAS Community Innovative Learning telah diberi peranan dalam membantu memperkasakan modal insan melalui pendidikan STEM, TVET dan juga Digital Inovasi.

“Usaha ini adalah untuk membantu mempersiapkan generasi muda khususnya penduduk luar bandar dalam menghadapi industri 4.0 dan seterusnya merapatkan jurang ilmu antara penduduk luar bandar dan juga bandar,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan