Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu kehormat lain bersama-sama memotong kek sempena perasmian Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK). Foto: Aziz Soleh (TVS)

Ilmu ubah nasib, turunkan kadar kemiskinan – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Julai: Pemantapan ilmu pengetahuan berupaya mengubah nasib seseorang individu untuk memiliki kehidupan yang lebih baik, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau dengan menuntut ilmu pengetahuan juga akan mengangkat taraf ekonomi masyarakat sekali gus menurunkan kadar kemiskinan sesebuah negeri atau negara.

“Tiada cara (lain) lagi. Apabila anak-anak cerdik pandai, dia dapat menambah pendapatan keluarga.

“Masyarakat Melayu khasnya dan Bumiputera pada amnya, kalau nak ubah nasib, perlu menerusi ilmu,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini pada Jumaat.

Memetik diri beliau sendiri sebagai contoh terdekat, Abang Johari berkata beliau merupakan anak kampung yang diberi peluang untuk memimpin negeri, justeru beliau memanfaatkan peluang tersebut dengan mengubah sedikit pendekatan pembangunan negeri ini.

“Hidrogen, bahan api penerbangan mampan (SAF), teknologi maklumat (IT) semuanya baharu.

“Kita buat supaya negeri kita dapat menggunakan hasil, sumber yang ada, kita tambah nilai,” ujar beliau.

Hasil daripada usaha itu, Abang Johari mengulangi bahawa Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi selepas melepasi Ambang Pendapatan Tinggi 2022 dengan melebihi USD13,205 Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita.

Data itu turut menunjukkan Sarawak tergolong dalam kategori negeri berpendapatan tinggi di Malaysia bersama Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada Julai 2021, Sarawak telah melancarkan satu dasar yang dipanggil Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang merupakan inisiatif untuk muncul sebagai negeru maju menjelang 2030 da memberikan pendapatan tinggi kepada rakyatnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan