Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot yang membawa muatan melebihi kapasiti sebanyak 42 orang sahaja, namun dilaporkan ia membawa kira-kira 70 orang ketika kejadian semalam. Foto: AFP

Angka korban meningkat 26 orang angkara bot terbalik di Filipina

ByAFP

MANILA, 28 Julai: Bilangan korban tragedi bot penumpang terbalik di Tasik Laguna, tenggara Manila meningkat kepada 26 orang setakat hari ini.

Menurut salah seorang pengawal pantai, operasi pencarian hari ini diteruskan bagi mengesan mereka yang masih hilang.

Difahamkan, bot berkenaan membawa muatan melebihi kapasiti bot sebanyak 42 orang sahaja, namun dilaporkan ia membawa seramai kira-kira 70 orang ketika kejadian semalam.

Setakat ini, 40 orang berjaya diselamatkan dan tiga masih hilang.

Polis sedang menyiasat punca kejadian yang berlaku beberapa jam selepas Taufan Doksuri melanda negara itu.

Bagaimanapun, jurucakap pengawal pantai, Laksamana Muda Armando Balilo berkata, bot berkenaan telah mendapat kebenaran untuk belayar.

Filipina, sebuah kepulauan yang mempunyai lebih 7,000 pulau, mempunyai rekod keselamatan maritim yang lemah, dengan ramai menjadi korban akibat kemalangan di laut setiap tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan