Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raptai perarakan kapal berhias di Waterfront Kuching sedang berlangsung pada hari ini Foto: Noni Jamali (TVS).

Raptai penuh Perarakan Kapal Berhias diadakan malam ini

ByDayu Adruce

KUCHING, 27 Julai: Sebanyak 20 buah kapal akan menyertai sesi raptai penuh Perarakan Kapal Berhias di Tebingan Kuching hari ini. 

Manakala raptai bagi majlisnya turut diadakan malam ini sebagai salah satu persediaan bagi acara sebenar yang bakal berlangung pada Sabtu ini, 29 Julai.

Perarakan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka itu juga akan disertai sekumpulan perahu tambang di sini.

Kemuncak Perarakan Kapal Berhias itu nati akan menampilkan artis tempatan Sarawak iaitu Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.   

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan hadir  pada jam 7 malam di Tebingan Kuching pada hari berkenaan.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyaksikan perarakan ini dinasihatkan agar meletak kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan iaitu Reservior Park, Bangunan Saujana, medan letak kereta Sarawak Plaza, Bangunan Medan Pelita dan medan letak kereta Plaza Merdeka. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan