Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) merasmikan Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama

Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama, sejahtera – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat menerusi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan beliau hari ini.

Beliau berkata ini merangkumi keperluan perlindungan sosial untuk semua, pekerjaan dengan gaji bermakna serta perkongsian kekayaan bagi membina masyarakat lebih saksama dan sejahtera.

“Kejayaan pembaharuan struktur ekonomi perlu dihitung setakat mana ia mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang bermakna kepada rakyat Malaysia,” kata beliau ketika berucap pada majlis peluncuran kerangka ekonomi baharu itu di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar upah dan gaji buruh berbanding jumlah keseluruhan pendapatan di Malaysia adalah sebanyak 32.4 peratus bagi tahun lepas.

Beliau berkata bagi mencapai perkongsian ekonomi yang lebih seimbang, kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke tahap 45 peratus selaras dengan tahap negara lebih maju.

“Antara usaha termasuklah kajian semula tahap gaji minimum serta memperkenalkan undang-undang yang menjamin persekitaran kerja yang selamat dan selesa.

“Selain pelaksanaan gaji minimum, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalusi model gaji progresif ke arah kenaikan pendapatan yang lebih terangkum,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata peningkatan pendapatan selaras dengan produktiviti adalah kritikal bagi memastikan tahap kualiti hidup yang bermakna dalam menangani cabaran kos sara hidup.

Beliau berkata negara ini perlu mengurangkan kebergantungan pada buruh asing kurang mahir yang menyumbang kepada nilai gaji keseluruhan yang rendah malah mengurangkan moral dan insentif majikan untuk berinovasi dan meningkatkan tahap berdaya saing.

Anwar berkata  justeru kerajaan berhasrat melaksanakan levi pekerja asing berperingkat  iaitu sebahagian peningkatan hasil levi akan dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan