Search
Close this search box.
Jambatan di pekan Tuao, wilayah Cagayan, Filipina dilanda banjir apabila air sungai melimpah akibat hujan lebat dibawa Taufan Doksuri. Foto: AFP/Pejabat Wilayah Cagayan.

Utara Filipina dibadai Taufan Doksuri, ribuan penduduk berpindah

ByAFP

MANILA, 26 Julai: Ribut kencang dan hujan lebat melanda utara Filipina pada Rabu, sehingga menumbangkan pokok dan memutuskan bekalan elektrik.

Menurut Agensi Cuaca Filipina, ia membawa angin kuat sehingga 175 kilometer sejam di perairan Pulau Fuga.

“Taufan mengancam nyawa itu telah menumbangkan pokok, memutuskan bekalan elektrik dan menyebabkan hujan lebat.

“Pada Selasa, Doksuri telah melanda Lautan Pasifik namun beransur lemah apabila menghampiri Filipina,” katanya menerusi kenyataan.

Ribuan penduduk berlindung di pusat pemindahan kecemasan selepas Taufan Doksuri melanda Filipina.

Sementara itu, Pegawai Bencana Wilayah Cagayan, Ruelie Rapsing berkata kira-kira 12,000 penduduk telah dipindahkan dari rumah mereka di wilayah Cagayan, termasuk 431 di kepulauan Babuyan disebabkan taufan terbabit.

Fuga adalah salah satu daripada lima pulau yang membentuk kepulauan kecil itu.

Banjir juga telah dilaporkan di kawasan perbandaran pantai Lallo, Pamplona dan Claveria.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan