Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap di Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2023M/ 1445H. FOTO: TVS
Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2023M/ 1445H. Foto fail TVS.

Sarawak capai pembangunan, kemajuan sepanjang tempoh 60 tahun merdeka – Awang Tengah

BySalasiah Safian

LAWAS, 26 Julai: Sarawak telah mencapai pelbagai pembangunan dan kemajuan sepanjang tempoh 60 tahun merdeka sejak tahun 1963 hingga 2023 yang telah dinikmati seluruh masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan terus maju.

Pembangunan berterusan Sarawak jamin kemakmuran | TVS

“Kita bakal menyaksikan pelbagai kemajuan pada masa hadapan selaras dengan slogan ‘Sarawak Maju Makmur’.

“Sejak dahulu lagi kita mementingkan perpaduan dan kita sangat bersyukur kerana kerajaan telah terbukti berjaya menguruskan kepelbagaian yang ada sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai bersama-sama membangunkan negeri dalam tempoh 60 tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2023M/ 1445H malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari itu berkata, dalam konteks negara pula, kepelbagaian yang ada itu harus diadun sebaiknya supaya Malaysia dapat dibina di atas kesepaduan, keharmonian, kesejahteraan dan kebahagiaan seluruh rakyat.

“Sebarang perselisihan atau perbezaan yang muncul perlu ditangani segera dan bijaksana, usaha provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan ketegangan mesti dijauhi dan dielakkan,” ujarnya.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang termaktub mesti dihormati dan dipatuhi.

“Bagi kita umat Islam, kitab Al-Quran dan As-Sunnah telah memberi panduan. Dalam soal perpaduan dan hubungan antara sesama manusia, Al-Quran telah mempersembahkan satu road map (peta jalan) yang lengkap melalui surah al-Hujurat iaitu surah ke-49 dalam Al-Quran,” katanya.

Katanya, perkara sebegini tidak akan sampai ke pengetahuan umat manusia selaku hambaNya jika tidak berpegang dengan Al-Quran.

“Oleh itu, usaha mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran amat relevan dan perlu diteruskan kerana intipati ajarannya menjadi panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan