Search
Close this search box.
Seorang pengurus projek berputih mata apabila rugi hampir RM400,000 ditipu sindiket Phone Scam.Foto: Envato

Penjawat awam rugi RM677,565 diperdaya ‘pegawai polis’

ByTVS

KEPALA BATAS, 25 Julai: Seorang penjawat awam berputih mata apabila wang miliknya sebanyak RM677,565 lesap dipercayai selepas ditipu sindiket phone scam.

Mangsa lelaki berusia 40-an dikatakan mula terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pihak Pos Laju baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Asri Shafie berkata, mangsa telah dimaklumkan terdapat satu bungkusan atas namanya yang mengandungi barang yang dilarang iaitu lima keping kad mesin juruwang automatik (ATM).

Ujar beliau, lelaki itu kemudiannya telah menafikan hal tersebut sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

“Seterusnya, individu yang menyamar polis itu memberitahu bahawa mangsa turut terlibat dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram.

“Mangsa telah diminta memberikan maklumat perbankan dan memindahkan wang bagi mengelakkan dirinya ditangkap,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Asri, akibat ketakutan, mangsa telah melakukan beberapa transaksi pemindahan wang kepada akaun yang diberikan suspek sejak 7 Jun hingga 4 Julai lalu.

“Ia membabitkan wang berjumlah RM677,565 yang dipindahkan ke dalam enam akaun bank.

“Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas dia membuat semakan di aplikasi Semak Mule semalam dan mendapati kesemua akaun itu mempunyai rekod berkaitan penipuan,” katanya lagi.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan