Search
Close this search box.
Datuk Wee Hong Seng (tengah) dan Timbalan Datuk Bandar Hilmy Othman (kanan) menunjukkan hadiah-hadiah cabutan bertuah untuk Kuching Festival Fair 2023 di ibu pejabat MBKS. Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

Kuching Festival Fair 2023 kembali mulai Jumaat ini

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 26 Julai: Kuching Festival Fair 2023 kembali memeriahkan bandaraya Kuching melalui pesta makanan, belia, sukan, budaya dan komuniti yang akan diadakan mulai 28 Julai sehingga 20 Ogos ini.

Antara aktiviti -aktiviti menarik ialah pameran makanan dari lebih 300 gerai, pameran perdagangan, perarakan jalanan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, konsert kebudayaan, Kuching Got Talent, pertandingan bina badan dan banyak lagi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, festival tahun ini menandakan ulang tahun ke-35 Kuching mencapai status bandaraya.

“Festival ini merupakan program berasaskan komuniti di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di bawah negeri Sarawak.

Datuk Wee Hong Seng ketika sidang media di ibu pejabat MBKS hari ini. Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

“Saya percaya anda semua tahu yang ini (Kuching Festival) merupakan acara tahunan di Kuching dan juga kita memperingati pencapaian Kuching yang diberikan status sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media Kuching Festival Fair 2023 di ibu pejabat MBKS hari ini.

Katanya, kebanyakan aktiviti yang diadakan adalah anjuran bersama MBKS dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Pada tahun ini, kita membawa kembali kebanyakan aktiviti yang dirancang sebelum pandemik COVID-19 dua tahun yang lepas seperti Pesta Zumba Kuching dan Malam Bandar Persahabatan Antarabangsa di mana warga Kuching akan dihiburkan dengan persembahan dari empat bandar seperti Guro – Korea Selatan, Quanzhou-China, Zhenjiang-China dan Asuke-Jepun,” ujarnya.

Festival tersebut akan bermula dari jam 6 petang sehingga 11 malam dan orang ramai dinasihatkan untuk membawa bekas makanan, botol air dan beg kitar semula sendiri kerana pihak MBKS sedang dalam usaha menguatkuasakan polisi tiada plastik sepanjang perayaan ini.

Aktiviti kemuncak malam itu ialah program cabutan bertuah di mana pengunjung perlu mengimbas kod bar di pintu besar untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah motosikal, komputer riba dan juga basikal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan