Search
Close this search box.
Iswandy Ali Hasan (kiri) dan Aidil Shahrin (kanan). Foto Kuching City FC dan KDA FC.

Kuching City FC sahkan perbincangan dengan Aidil Shahrin

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Julai: Desas-desus berhubung jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak akan mengemudi Kuching City FC belum diputuskan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan berkata, ketika ini kelab berkenan sedang mengadakan perbincangan dengan bekas pengendali kelab dari Liga 1 Indonesia, Persikabo FC itu.

“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, ia masih di peringkat  perbincangan,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Aidil Sharin, 46, bukan nama asing dalam Liga Malaysia apabila pernah menjadi Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selama empat tahun bermula 2019.

Sepanjang tempoh berkenaan, KDA FC menjulang Piala FA pada 2019 serta muncul naib juara Liga Super dua kali berturut-turut pada 2020 dan 2021 serta mara ke separuh akhir Piala AFC tahun lepas.

Pada 2018 Aidil Shahrin turut cemerlang dalam karier kejurulatihannya apabila membawa kelab Singapura, Home United menjuarai Piala AFC Zon ASEAN.

Pada tahun ini, Aidil Shahrin berkelana ke Indonesia selepas meninggalkan KDA FC dengan membimbing Persikabo FC.

Baru – baru ini kelab berkenaan dan Aidil Shahrin mencapai persetujuan untuk ‘berpisah’ susulan jurulatih itu dikatakan ingin memberi tumpuan kepada keluarganya di Singapura.

Jawatan Ketua Jurulatih Kuching City FC kini ‘kosong’ selepas Irfan Bakti Abu Salim melepaskan jawatannya.

Kelab berkenaan ketika ini bergelut di Liga Super apabila berada di kedudukan tiga pasukan terbawah selepas pusingan kedua bersambung baru – baru ini.

Ketika ini kelab dibimbing oleh Firdaus Morshidi sebagai pemangku jurulatih sementara. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan