Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunjuk perasaan pro-demokrasi memegang gambar pemimpin Parti Move Forward Pita Limjaroenrat semasa tunjuk perasaan di Bangkok pada 23 Julai 2023 selepas parlimen Thailand menyekat pencalonan perdana menteri pemimpin parti Pita Limjaroenrat. Foto: AFP.

Kebuntuan politik Thailand berterusan, undian PM ditangguhkan sekali lagi

ByBernama

BANGKOK, 26 Julai: Undian ketiga memilih Perdana Menteri Thailand yang dijadualkan pada Khamis, telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, umum Speaker Wan Muhamad Noor Matha.

Pengundian itu dibuat berikutan usaha pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat, untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri gagal pada 13 dan 19 Julai.

Bagaimanapun, pada Isnin Pejabat Ombudsman Thailand memfailkan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan untuk menangguhkan pengundian sehingga mahkamah memutuskan perkara itu.

Wan Muhamad Noor berkata, penangguhan itu selepas berunding dengan pegawai undang-undang dan penasihatnya berikutan ketidaktentuan undang-undang.

Media tempatan melaporkan bahawa persidangan serentak kedua-dua dewan untuk pengundian perdana menteri mungkin dimasukkan semula kepada agenda Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan.

Ketika kebuntuan politik berlarutan lebih dua bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei, Thailand masih belum memilih Perdana Menteri baharu.

Pheu Thai, parti kedua terbesar dalam gabungan itu dengan 141 kerusi, kini mengetuai gabungan lapan parti dalam usaha membentuk kerajaan.

Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab itu selepas Pita gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi pada 13 Julai untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu.

Calon PM Thailand dikenakan penggantungan Ahli Parlimen

Undian enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, menamatkan usaha Pita untuk menjadi Perdana Menteri.

Pada 19 Julai, Mahkamah Perlembagaan memerintahkan penggantungan sementara Pita sebagai Ahli Parlimen (MP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan