Search
Close this search box.
Pemilik sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta di sini kerugian kira-kira RM1 juta apabila pelbagai barang kemas lesap dilarikan penjenayah awal pagi tadi. Foto hiasan: Envato

Barang kemas RM1 juta lesap dilarikan penjenayah

IPOH, 26 Julai: Pemilik sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta di sini kerugian kira-kira RM1 juta apabila pelbagai barang kemas lesap dilarikan penjenayah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, pemilik kedai emas itu tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik menyedari kedainya dipecah masuk pencuri.

Ujar beliau, siasatan polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 1 hingga 3 pagi tadi apabila suspek memecah masuk menerusi pintu belakang kedai.

“Suspek didapati telah melarikan barang kemas yang dianggarkan seberat 3 kilogram dengan nilai pasaran lebih kurang RM1 juta.

“Kini polis sedang giat mengesan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Yahaya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790 508 bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah kedai dan mencuri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan