Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan di Vietnam perlu membayar balik kepada penumpang yang penerbangan mereka tertunda selama lima jam atau lebih di bawah peraturan baharu. Foto hiasan: Envato.

Vietnam: Penerbangan lewat 5 jam, penumpang dapat bayaran balik

ByBernama

HANOI, 25 Julai: Syarikat penerbangan di Vietnam perlu membayar balik kepada penumpang yang penerbangan mereka tertunda selama lima jam atau lebih di bawah peraturan baharu, lapor Xinhua memetik laporan akhbar tempatan Vietnam News pada Isnin.

Bagi penerbangan yang ditangguhkan selama lima jam atau lebih, jika penumpang meminta bayaran balik tiket, syarikat penerbangan hendaklah membayar balik keseluruhan tambang tiket atau membayar balik bahagian tambang yang tidak digunakan mengikut pilihan penumpang, lapor akhbar itu memetik dokumen Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.

Penerbangan yang ditunda selama dua jam atau lebih, dalam skop peruntukan perkhidmatan pula, syarikat penerbangan itu hendaklah menawarkan perubahan jadual perjalanan yang sesuai untuk penumpang atau menukar mereka ke penerbangan lain untuk sampai ke destinasi terakhir mereka.

Di bawah peraturan itu juga syarikat penerbangan perlu mengecualikan sebarang syarat mengenai perubahan jadual perjalanan atau pertukaran penerbangan dan surcaj yang berkaitan untuk penumpang.

Bagi tiket yang tidak digunakan sepenuhnya, Kementerian Pengangkutan menetapkan bahawa jumlah bayaran balik akan sama dengan tambang tiket yang dibayar penumpang.

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 September tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan