Search
Close this search box.
Gambar hiasan: PDRM.

Suri rumah di Betong ditipu emas palsu berjumlah RM116,000

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Julai: Seorang suri rumah di Daerah Betong berputih mata apabila mengalami kerugian RM116,000 selepas diperdaya membeli emas palsu seberat 347.78 gram pada pertengahan bulan Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa berusia 30-an terdahulu mengiklankan pencarian dropship di Facebook dan dihubungi suspek yang juga seorang wanita melalui WhatsApp pada 27 Jun lalu yang berminat untuk menjadi dropship bagi mencari pelanggan yang ingin menjual emas atau pelanggan yang ingin menjual emas yang telah digadai di kedai pajak gadai.

“Mangsa melalui modal kewangan dari kawannya, telah melakukan 20 transaksi pembayaran kepada akaun bank suspek antara tarikh 1 hingga 8 Julai lalu sebanyak RM116,000 bagi tujuan membuat tebusan emas kononnya dari kedai pajak gadai dan pembelian emas daripada pelanggan kepada suspek.

“Pada 11 Julai lalu melalui pos bas ekspress daripada Miri ke Kuching, suspek telah menghantar barang kemas seberat 347.78 gram kepada mangsa dan barang kemas tersebut telah diperiksa ketulenannya di kedai emas kawan mangsa di Kuching dan didapati ia adalah emas palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman turut memaklumkan mangsa menyedari telah ditipu apabila meminta semula wang yang dipindahkan dan suspek menyatakan tidak dapat kerana wang tersebut telah digunakan untuk urusan lain.

“Sehubungan itu, mangsa berasa tidak puas hati dan tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut pihak polis,” tegasnya.

Azman turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melayani orang yang tidak dikenali dengan menawarkan penjualan emas dan segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika terbabit dengan penipuan siber dan sekiranya baharu sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek.

“Anggota masyarakat juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi Whoscall melalui Google Play Store atau Apple Store untuk membantu dalam membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan telefon yang diterima atau sebaliknya.

“Kerjasama di antara JSJK PDRM dengan pembangun Aplikasi Whoscall membolehkan nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data sistem semak mule JSJK akan ditandakan sebagai Scammer oleh Whoscall,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan