Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama BAYU iaitu 20 orang pelajar wakil UNIMAS yang telah terpilih mewakili Malaysia ke acara Festival De Confolens, Perancis. Foto: TVS

Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi

ByBernama

KUCHING, 25 Julai: Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak mengira sama ada artis yang dimaksudkan itu popular di peringkat antarabangsa, Kerajaan Sarawak tetap menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan mereka yang menentang dasar negara.

BAYU UNIMAS terbang ke Perancis promosi budaya Sarawak

“Jika anda mempunyai sikap sebegini (menentang dasar negara), jangan jejakkan kaki ke Sarawak,” kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan penyanyi sebuah kumpulan muzik British, The 1975 Matt Healy yang dilaporkan mengkritik pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu LGBT  ketika membuat persembahan di Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu lepas.

Menurut beliau, Sarawak sejak beberapa tahun lalu telah menjemput banyak artis antarabangsa untuk membuat persembahan dalam beberapa acara muzik di dalam negeri ini tetapi mereka terlebih dahulu diberitahu mengenai had di dalam persembahan mereka.

“Kami juga memberitahu mereka secara baik-baik  bahawa kami tidak terlalu tegas di dalam soal pakaian ,,, selagi kamu masih berpakaian di atas pentas,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan