Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Sarawak beri peluang Ahli Parlimen Belia bertanding pilihan raya ‘sebenar’ – Abdul Karim

KUCHING, 25 Julai: Fungsi Ahli Parlimen Belia di Sarawak telah diperkasa oleh kerajaan negeri apabila mereka turut diberi peluang menjadi wakil rakyat ‘sebenar’, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Belia yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, Kerajaan Sarawak juga sentiasa memberi sokongan padu kepada belia Sarawak yang terpilih sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia.  

Kata Abdul Karim, platform yang disediakan kerajaan menerusi Parlimen Belia itu mampu menjadi kesinambungan kepada belia Sarawak menjadi pemimpin masa depan.

“Sebelum ini, kita juga ada mengangkat belia sebagai ikon belia negeri Sarawak.

“Selain itu, kita juga beri peluang kepada mereka menjadi wakil rakyat, bukan sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) bahkan Parlimen,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Parlimen Belia Malaysia (PBM) merupakan salah satu daripada enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui tindakan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan