Search
Close this search box.
Foto ilustrasi yang menunjukkan logo burung Twitter terbalik yang digantikan dengan logo "X". Foto: AFP.

Musk ganti logo burung biru kepada ‘X’ 

ByAFP

SAN FRANCISCO, 25 Julai: Pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk telah menggantikan logo burung biru ikonik Twitter dengan logo baharu iaitu ‘X’ putih dengan latar belakang berwarna hitam.

Ia sejajar dengan penjenamaan semula syarikat milik Elon Musk itu sebagai X. 

Laman sesawang rangkaian media sosial itu menunjukkan logo baharu syarikat berkenaan, namun pautan URL masih menunjukkannya sebagai twitter.com dan butang ‘Tweet’ berwarna biru turut kelihatan. 

Penjenamaan semula itu diumumkan Musk dan Ketua Eksekutif baharu syarikat berkenaan, Linda Yaccarino, pada Ahad. 

Mereka memaklumkan, syarikat itu dinamakan semula sebagai X dan kemudian akan beralih kepada pembayaran, perbankan serta perdagangan. 

Diasaskan pada 2006, nama Twitter diambil sempena bunyi ciapan burung. Menurut laman sesawang Creative Bloq, syarikat itu membeli simbol saham burung berwarna biru muda itu pada harga AS$15. 

Sebelum ini, Musk menukar gambar profilnya kepada logo baharu syarikat itu, yang beliau sifatkan sebagai ‘art deco’ minimalis, selain mengemas kini bio Twitter beliau kepada ‘X.com’. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan