Search
Close this search box.
Pengerusi URDA, Dato Sri Alexander Nanta Linggi  pada sidang media selepas mesyuarat URDA di Imperial Hotel, Kuching pada hari ini. Foto: TVS

19 projek jalan raya dilaksanakan URDA di Hulu Rajang

KUCHING, 24 Julai: Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) ketika ini sedang melaksanakan sebanyak 26 projek kesejahteraan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu membabitkan 19 pembinaan rangkaian perhubungan dan tujuh projek bekalan air bersih.

Kata beliau, projek berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan RM1.5 bilion oleh Kerajaan Sarawak sejak 2017 hingga 2022.

“Peruntukan juga digunakan untuk kerja menaik taraf infrastruktur khususnya di kawasan URDA yang meliputi Kanowit, Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat URDA di sini hari ini.

Sementara itu, Alexander Nanta yang juga Menteri Kerja Raya berkata, URDA juga berhasrat untuk menambah baik sosioekonomi penduduk serta meningkatkan pendapatan isi rumah.

Dalam pada itu, beliau juga turut menzahirkan ucapan syabas kepada pihak Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan wakil-wakil rakyat yang banyak membantu URDA menjayakan projek bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan