Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan surat keputusan kewarganegaraan kepada pemohon yang lulus pada satu majlis di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: JaPen

Kementerian Dalam Negeri selesaikan 946 permohonan kewarganegaraan tertunggak di Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 24 Jul: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya menyelesaikan 946 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak di Sarawak sejak 2014.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebahagian besar kes pemohon terletak di bawah Perkara 15A dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 85 peratus pemohon juga telah lulus taraf kewarganegaraan,” katanya dalam satu majlis simbolik penganugerahan kewarganegaraan kepada 62 pemohon yang lulus di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak kerana mempunyai satu sistem pangkalan data yang lengkap serta memudahkan urusan kelulusan dalam tempoh yang singkat.

“Apabila hal ini dikemukakan, KDN cuma mengambil masa tujuh bulan untuk menyelesaikan kesemua permohonan,” katanya.

Saifuddin juga berpesan kepada mereka yang diluluskan permohonan kewarganegaraan agar tidak mensia-siakan penghargaan itu untuk berbakti kepada negara.

“Anugerah warganegara ini bererti kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap mereka dan sebaliknya, mereka juga turut mempunyai tanggungjawab terhadap negara,” katanya.

Terdahulu pada Mac, seramai 40 kanak-kanak berumur di bawah 21 tahun di Sarawak telah menerima taraf kewarganegaraan.

Inisiatif ini telah dimulakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak dengan kerjasama KDN pada Januari lalu.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri KPWK Sarawak, Datuk Rosey Yunus dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan