Search
Close this search box.
Ahli keluarga terdekat dan orang ramai membantu mengusung jenazah Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk dibawa ke Masjid Jamek Dato Hj Noh Gadot, Serkat Pontian hari ini. Foto: BERNAMA

Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai

ByBernama

PONTIAN, 24 Julai: Kediaman ibu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, mula dikunjungi ahli keluarga dan sahabat handai seawal 7 pagi.

Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba pada 7.20 pagi diikuti Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ahli keluarga terdekat turut berada di kediaman itu sejak dinihari.

PM terkesan pemergian Salahuddin Ayub

Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kira-kira 2.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, 83, pukul 3.35 pagi.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

PM terkesan pemergian Salahuddin Ayub

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam catatan di laman Facebooknya hari ini merakamkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.

“Saya mendoakan rohnya dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam syurga Allah. Beliau adalah sahabat perjuangan sejak sekian lama.

“Dalam politik kami berlawan tetapi tidak bermusuh. Beliau beberapa kali berkunjung ke pejabat saya jika Dewan Negeri Johor bersidang. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosanya,” kata ADUN Rengit itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan