Search
Close this search box.
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas diusung masuk ke kediaman ibunya sebaik tiba 3.35 pagi (Isnin) di Kampung Serkat Tanjung Piai hari ini. Foto: BERNAMA

Jenazah Salahuddin Ayub tiba di Senai, dibawa pulang ke Tanjung Piai

ByBernama

KULAI, 24 Julai: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dekat sini pada kira-kira 2.30 pagi tadi.

Jenazah beliau diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat antara individu yang dilihat menyambut ketibaan jenazah Allahyarham.

Van membawa jenazah Salahuddin kemudian diiringi oleh beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk ke kediaman ibunya Aminah Abdullah, 83, di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Pontian.

Selepas itu, Allahyarham yang merupakan anak jati Tanjung Piai, akan dibawa ke kediaman beliau di Jalan Adil sebelum ke Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat.

Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah

Suasana hiba dapat dirasai dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di rumah ibu Allahyarham sejak 12 tengah malam tadi.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan