Search
Close this search box.
Rakyat bekerjasama membersihkan Padang Merdeka selepas Konsert Rakyat malam tadi. Foto: DK MK (Facebook).

Usaha murni rakyat Sarawak bersihkan Padang Merdeka selepas konsert wajar dipuji

ByDayu Adruce

KUCHING, 23 Julai: Usaha murni rakyat Sarawak yang bekerjasama membersihkan Padang Merdeka selesai Konsert Rakyat malam tadi wajar dipuji. 

Memetik ciapan yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial Facebook, DK MK, kerja pembersihan yang dilakukan hanya mengambil masa 10 minit. 

Menjengah ke ruang komen ciapan tersebut, kebanyakan netizen memberikan komen yang positif dan berbangga dengan usaha tersebut. 

Malah, ada yang menyifatkan usaha tersebut melambangkan semangat perpaduan rakyat Sarawak dan wajar dicontohi. 

Untuk rekod, lebih 30,000 pengunjung telah membanjiri Padang Merdeka bagi memeriahkan Konsert Rakyat sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, malam tadi.  

Konsert tersebut mengetengahkan barisan artis tempatan dan kumpulan popular dari negara jiran, Ungu. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan