Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Joe Flizzow antara artis jemputan yang 'menghangatkan' Konsert Rakyat malam Sabtu. Foto: Aen Khalid

Joe Flizzow bangga pakai jersi Kuching City FC pada Konsert Rakyat

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Julai: Penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow yang terlibat dengan persembahan Konsert Rakyat sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka malam tadi menarik perhatian puluhan ribu pengunjung.

Ini kerana penyanyi berusia 43 tahun itu tampil di pentas dengan ‘identiti Sarawak’ apabila memakai jersi bola sepak pasukan Kuching City FC (KCFC).

Kata komposer itu dia tidak berasa kekok memberi penghormatan kepada pasukan itu yang beraksi pada saingan Liga Super Malaysia musim ini.

“Walaupun berasal dari Johor, saya berbangga mengenakan jersi ini.

Shoutout kepada Kuching, City of Unity,” jerit penghibur itu di atas pentas di Padang Merdeka malam tadi. 

Pada konsert berkenaan, Joe Flizzow menghiburkan lebih 30,000 pengunjung dengan menyanyikan beberapa lagu terkenalnya termasuk Sampai Jadi, Apa Khabar dan SMDT.

Ketika di pentas, artis berkenaan turut berkongsi pengalaman hadir ke Bumi Kenyalang.

“Saya belajar erti sayang menyayangi dan sikap saling hormat menghormati di Sarawak,” katanya.

Joe Flizzow antara artis jemputan yang ‘menghangatkan’ Konsert Rakyat malam Sabtu. Foto: Aen Khalid

Figura muzik yang mula dikenali menerusi duo hip hop, Too Phat itu turut mengimbau kenangan mengadakan persembahan di Sarawak dahulu.

“Ketika mengadakan persembahan kali pertama di sini 20 lebih tahun lalu, kami diserbu oleh peminat, kenangan itu tidak akan saya lupakan,” katanya.

Sementara itu Joe Flizzow berkata Malaysia mempunyai ramai bakat tempatan termasuk anak muda dari Sarawak yang telah mengharumkan nama negara.

“Saya bangga dapat membuat persembahan dengan artis hebat seperti Ungu dari Indonesia dan Dato Awie dari Malaysia.

“Namun di Sarawak, anda mempunyai legenda dalam pembikinan iaitu juara One Championship, Johan Ghazali, bakal juara dunia,” katanya.

Konsert berkenaan turut menampilkan Kumpulan Floor 88 dan Dolla.

Tetamu kenamaan termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman turut meluangkan masa menonton konsert itu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan