Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol berswafoto dengan penonton yang membanjir Padang Merdeka pada Konsert Rakyat di Kuching, malam tadi. Foto: Saibi Gi (TVS).

Jiwai mesej yang disampaikan menerusi upacara sempena Hari Sarawak – Abdullah

KUCHING, 23 Julai: Persembahan artis yang padu, ‘penonton yang penuh’ Padang Merdeka. Itu ungkapan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol pada penghujung Konsert Rakyat.

Beliau menyatakan penghargaan kepada semua pengunjung terutama dari luar bandar yang sanggup datang ke Kuching untuk menyaksikan acara kemuncak perarakan dan pertunjukan pentas sempena Hari Sarawak.

Datuk Abdullah Saidol menyampaikan ucapan ringkas pada Konsert Rakyat sempena Hari Sarawak.
Datuk Abdullah Saidol menyampaikan ucapan ringkas pada Konsert Rakyat sempena Hari Sarawak.

“Semoga pelbagai acara yang diadakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka kali ini meninggalkan kesan mendalam dan bermakna dalam sanubari setiap warga Sarawak.

“Semangat perayaan yang ingin ditampil dan dijiwai oleh setiap warga Sarawak ialah agar semua sentiasa cekal bersatu, gigih berbakti dan bangga menjadi anak Sarawak,” katanya berucap di atas pentas konsert di sini, malam tadi.

Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka mempersembahkan upacara perarakan pada pagi semalam yang dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdullah yang juga Timbalan Menteri yang bertanggungjawab bagi upacara perarakan menyifatkan konsert yang menampilkan Ungu, kumpulan muzik dari Indonesia sebagai artis utama, sebagai antara konsert terhebat dari aspek kehadiran penonton yang pernah diadakan di bandar raya ini.

Konsert berkenaan ditonton oleh lebih 30,000 orang.

Menurutnya, beliau menerima maklum balas daripada pelbagai pihak terutama warga media yang menyatakan bahawa perarakan dan persembahan pentas dalam perayaan kali adalah terbaik dan paling meriah pernah disaksikan warga Kuching.

Abdullah turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak dalam penganjuran acara kemuncak Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka seperti polis, askar, Majlis Seni Sarawak, RELA, Dewan Bandaraya Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, petugas kesihatan, para pelajar sekolah dan pelbagai jabatan kerajaan.

Selain Ungu, Konsert Rakyat turut menampilkan Dato Awie, Floor 88, Joe Flizzow dan Dolla.

Pra konsert menampilkan artis tempatan – Masterpiece, Firdaus Materang, Bob Yunus, Elizabeth Paya, Ng Chien Chien, Ramles Walter dan Carrie Geres.

Anda terlepas siaran langsung sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka? Jangan bimbang, kami siarkan semula di saluran YouTube TVS. Selamat menonton.

📺 Siaran Langsung Perarakan Hari Sarawak 2023
📱YouTube TVS: https://www.youtube.com/live/XS7jJNaYJDw?feature=share

📺 Siaran Langsung Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan Bersempena Dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka
📱YouTube TVS: https://youtube.com/live/bdyRSr8TwbE?feature=share

📺 Pra-Persembahan Konsert Rakyat & Konsert Rakyat
📱YouTube TVS Entertainment: https://www.youtube.com/watch?v=b7RKpzVF_iE&t=8115s

Layari tvstv.my/news & tonton TVS di saluran 122 Astro & MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan