Search
Close this search box.
Kumpulan sensasi Malaysia, Dolla beri bayangan untuk kembali hiburkan peminat Sarawak dan juga mengeluarkan 'single' terbaharu. Foto: FB Dolla

Dolla beri bayangan kembali ke Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 23 Julai: Kumpulan sensasi Malaysia, Dolla memberi bayangan untuk kembali menghiburkan peminat Sarawak dan juga mengeluarkan ‘single’ terbaharu.

“Kami, Dolla semestinya akan datang semula ke Sarawak untuk berjumpa anda semua, tetapi sebelum itu, kami juga mahu memberitahu bahawa kami akan mengeluarkan single terbaharu kami awal bulan hadapan,” kata Dolla selepas selesai membuat persembahan di Konsert Rakyat sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka atau Hari Sarawak 2023 di Padang Merdeka, semalam.

Pada konsert itu, Dolla telah menghiburkan seramai 30,000 peminat dengan menyanyikan lagu terkenalnya Bad, Watch Me Glow dan Impian.

Selain itu, Dolla turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membuat persembahan buat julung kalinya di Sarawak.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, Majlis Seni Sarawak dan juga tetamu kehormat kerana membawa persembahan pertama Dolla di Sarawak,” luah mereka.

Dolla merupakan kumpulan penyanyi yang dianggotai oleh empat orang ahli yang mana antaranya Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

Baru-baru ini, Dolla berjaya meraih trofi Artis Kolaborasi, Duo, Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dan pernah menerima anugerah Artis Baharu Wanita Popular ABPBH ke-34. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan