Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Belia Emart, di SMK Gedong, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Belia Emart, di SMK Gedong, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Abang Johari yakin pendapatan Sarawak tahun ini lebih tinggi berbanding 2022

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 23 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari yakin pendapatan Sarawak pada tahun ini akan melebihi angka direkodkan pada 2022.

Tanpa mendedahkan nilai berkenaan, Abang Johari berkata yang pasti jumlah itu akan melebihi RM11.9 bilion.

Kata beliau, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak untuk mengangkat ekonominya dan seterusnya memanfaatkan pelbagai lapisan rakyat.

“Sebab itu, pelajar harus mempelajari tiga tiang yang saya nyatakan mengenai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, iaitu kemakmuran ekonomi, kerangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Kita laksanakan dengan harapan agar dapat memupuk pembangunan bakat baharu dalam kalangan anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Belia anjuran bersama Emart dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong di sini, hari ini.

Turut hadir, Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais dan Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Sementara itu, Abang Johari turut menyeru rakyat supaya membangunkan ekonomi digital, seiring dengan usaha memacu Sarawak mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sebelum ini, masyarakat agak susah untuk menerima ketika saya mula memperkenalkan ekonomi digital.

“(Namun selepas penularan) COVID-19, semua orang membuat pesanan secara dalam talian serta pembayaran pula dibuat dengan telefon pintar yang menggunakan Sarawak Pay,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan