Search
Close this search box.
Abdul Karim serta isteri dan Sharifah Hasidah mengunjungi antara reruai di siri jelajah akhir Pameran Digital sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: TVS

Pameran Digital sempena 60 tahun Sarawak Merdeka berakhir esok di Plaza Merdeka

KUCHING, 22 Julai: Pameran digital sempena 60 tahun Sarawak Merdeka mengakhiri siri jelajahnya di Plaza Merdeka bermula semalam hingga esok, 23 Julai.

Siri pameran itu yang dimulakan di Limbang pada 26 hingga 28 Meilalu seterusnya menjelajah sembilan destinasi meliputi Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei. Betong, Sri Aman dan Serian sebelum berakhir di Kuching.

Hologram logo 60 tahun Sarawak Merdeka menjadi gimik perasmian siri jelajah akhir Pameran Digital sempena 60 tahun Sarawak Merdeka. Foto: TVS

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, objektif pameran tersebut adalah untuk memberi penerangan dan maklumat kepada rakyat berhubung hala tuju kerajaan negeri dalam membangun negeri ini menuju Sarawak Maju 2030.

“Mereka yang datang dapat melihat apa yang dipamerkan serta mengetahui visi, misi dan inisiatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak daripada tahun 60-an hingga ke hari ini.

“Daripada apa yang dapat mereka lihat itu, sedikit sebanyak mereka tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan perancangan kita untuk memajukan negeri, kawasan dan rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Jelajah Digital sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di Plaza Merdeka di sini.

Lokasi terakhir ini menyaksikan sebanyak 15 pempamer, iaitu 12 daripadanya merupakan kementerian dibawah Kerajaan Sarawak.

Antaranya Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Kementerian Pengakutan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dan stesyen penyiaran nombor satu Sarawak, TVS.

Hadir sama isteri beliau, Datin Zuraini Abdul Jabbar dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan