Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) muncul juara perarakan dalam Majlis Perarakan dan Perhimpunan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bagi kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Foto: Saibi Gi (TVS)

DBKU muncul johan perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 22 Julai: Pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) muncul juara bagi kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sempena perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini.

Pasukan Sarawak Multimedia Authority (SMA) pula dipilih sebagai pasukan terbaik kategori Badan Berkanun Pihak Berkuasa Tempatan manakala Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) johan bagi kategori pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kesemua kontinjen yang mengambil bahagian hari ini tampil dengan kostum menarik malah ada yang turut mempersembahkan tarian mengikut era yang dipilih bermula tahun 1960-an bagi menarik hati juri.

Kontinjen badan beruniform pula melakukan persembahan pancaragam dan lintas hormat di Padang Merdeka, hari ini.

Sementara itu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak pula masing – masing muncul naib johan dan menduduki tempat ketiga bagi kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Sarawak Multimedia Authority (SMA)johan perarakan bagi kategori Badan Berkanun Pihak Berkuasa Tempatan dan GLC. Foto: Saibi Gi (TVS)

Lembaga Kemajuan Bintulu pula dipilih sebagai naib johan bagi kategori Badan Berkanun Pihak Berkuasa Tempatan dan GLC manakala Bintulu Port Holdings Berhad di tempat ketiga.

Kelab Gagong Sarawak merangkul naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Persekutuan Persatuan Orang Ulu bagi kategori NGO.

Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 manakala naib johan menerima wang tunai sebanyak RM7,000 dan tempat ketiga sebanyak RM5,000.

Dalam pada itu, kemuncak perarakan menyaksikan seramai 2,000 peserta membawa payung berwarna emas dan berselendang bagi membentuk logo 60 Tahun yang menggambarkan Sarawak lebih kukuh dalam perpaduan dan keterangkuman dalam kepelbagaian.  

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau gembira dengan semangat yang ditunjukkan kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

“Perarakan berjaya mencapai objektif untuk mengajak rakyat Sarawak mencintai tanah air,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan