Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka Tahun 2023. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

51 terima pingat sempena Hari Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 22 Julai: Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka Tahun 2023 menyaksikan sejumlah 51 individu menerima anugerah masing-masing.

Majlis penganugerahan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di The Waterfront Hotel di sini, hari ini.

Majlis dimulakan dengan penganugerahan kepada penerima Pemacu Peringatan Cemerlang Jubli Intan terdiri daripada Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang, Datuk Amar Tan Sri Bujang Mohd Nor, Datuk Amar Tan Sri Leonard Linggi Jugah dan Datuk Amar Tan Sri Leo Moggie Trok.

Majlis diteruskan dengan penganugerahan kepada penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) yang terdiri daripada Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Toh Puan Datuk Patinggi Rosmiati Kendati dan Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu.

Turut menerima anugerah sama adalah ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar turut menerima anugerah sama disusuli Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Nancy Shukri serta Datuk Seri Tiong King Sing.

Pingat sama turut dianugerahkan kepada Dato Sri Fatimah Abdullah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Dato Sri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Datuk Amar Jamilah Anu dan Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Penerima pingat sama yang seterusnya adalah Datuk Amar Tan Sri Dr Hamid Bugo, Datuk Amar Tan Sri Dr Abdul Aziz Dato Husain, Datuk Amar Tan Sri Wilson Baya Dandot, Datuk Amar Tan Sri Dr Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Amar Jaul Samion, Datuk Amar Dominic Andrew Dago@Dagok Randan, Tan Sri Dato Sri Mohd Effendi Norwawi, Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom dan Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid.

Penganugerahan pingat diteruskan lagi kepada Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Dato Sri Tajang Laing, Dato Sri Sa’ad Hassan, Dato Sri Robert Jacob Ridu, Dato Sri Richard Riot Jaem, Dato Sri Rohani Abdul Karim, Dato Sri Fong Joo Chung, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi dan Datuk Talib Zulpilip.

Turut menyertai barisan penerima juga adalah Datuk Wan Ali Tuanku Yubi, Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, Datu Abdul Razak Mohd Tready, Dato Yepni@Yetni Adenan, Dato Sarbanun Marican, Watson Nyambek, Mejar (KM) Sapok Biki, Wong Tee Kue dan Diana Bong Siong Lin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan